JAWATAN KOSONG – PENYELARAS KERUGIAN
Syarikat: Mestari Adjusters Sdn Bhd
Lokasi: Kota Bharu, Kelantan
Skop Kerja:
– Menjalankan siasatan dan penilaian tuntutan insurans bukan motor (non motor).
– Melawat lokasi kejadian untuk pemeriksaan kerosakan dan pengumpulan maklumat.
– Menemu bual pihak yang terlibat serta mendapatkan dokumen berkaitan tuntutan.
– Menilai punca dan tahap kerugian bagi kes seperti kebakaran, banjir, kerosakan harta benda, liabiliti dan lain-lain.
– Menyediakan laporan siasatan dan penilaian untuk syarikat insurans.
– Berurusan dengan pelanggan dan pihak berkaitan.
Kelayakan:
– Diploma atau Ijazah.
– Fresh graduate dialu-alukan memohon.
– Mempunyai lesen memandu yang sah.
– Mempunyai kereta sendiri.
– Boleh bekerja di lapangan dan melakukan perjalanan jika diperlukan.
– Mempunyai kemahiran komunikasi, analisis dan penulisan laporan yang baik.
– Mampu bekerja secara berdikari dan memenuhi tarikh akhir tugasan.
– Boleh bekerja lebih masa bagi menyiapkan tugasan jika diperlukan.
Whatsapp / Hubungi:
013-9875099
Hantar Resume:
adri@mestari.com
Nota: Kelulusan atau pengalaman dalam bidang insurans, pembinaan, kejuruteraan atau bidang berkaitan adalah satu kelebihan tetapi tidak diwajibkan.


