
TEMUDUGA TERBUKA JAWATAN KERANI OPERASI
Queen Express menjemput calon yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai sesi temuduga terbuka bagi jawatan Kerani Operasi yang akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 9 Julai 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 9.00 pagi
❗Tempat: Pejabat Hq Queen Express, Padang Tembak Pengkalan Chepa
Pertanyaan: 09-7421177
Ini adalah peluang kepada anda yang ingin membina kerjaya dalam bidang operasi dan pengurusan syarikat pengangkutan yang sentiasa berkembang. Kami mencari individu yang berdisiplin, komited serta bersedia untuk belajar dan berkembang bersama pasukan kami.
Jom jadi sebahagian daripada kami dan sertai keluarga Queen Express dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan setiap hari.
Syarat-syarat kelayakan boleh dirujuk pada rajah yang disertakan.
Datang awal, bawa dokumen lengkap, dan bersedia untuk langkah kerjaya anda yang seterusnya.


