Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) mempelawa permohonan dari warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berpengalaman bagi mengisi kekosongan jawatan di KIAS.
Maklumat jawatan dan syarat kelayakan adalah seperti berikut:
JAWATAN: PENSYARAH
i) Kumpulan Perkhidmatan: Akademik
ii) Taraf Jawatan: Kontrak
iii) Syarat Kelayakan:
• Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang
berikut:
a) Pendidikan Awal Kanak-Kanak
b) Pengajian Islam
daripada universiti-universiti tempatan dan luar negara atau kelayakan dalam bidang
berkaitan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan; Dan
• Lulus Bahasa Malaysia/ Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
iv) Keutamaan adalah diberi kepada calon yang:
• Mempunyai Ijazah Sarjana atau pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD)
• Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja dalam bidang
berkaitan.
• Calon mestilah fasih bertutur serta menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab /
Bahasa Inggeris.
Permohonan jawatan kosong boleh dibuat menggunakan borang permohonan jawatan kosong yang boleh didapati di kaunter Pejabat Pengurusan KIAS / dimuat turun di laman web KIAS (www.kias.edu.my).
Permohonan yang lengkap beserta Curiculum Vitae (CV) terkini, gambar berukuran pasport, salinan sijil akademik yang telah disahkan dan lain-lain dokumen sokongan hendaklah dihantar kepada:
PENDAFTAR
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
KM 12, Jalan Kuala Krai
Peti Surat 68, Nilam Puri
15730 Kota Bharu
Kelantan.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Disember 2023.


