Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia ( lelaki/perempuan ) yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Majlis Daerah Machang, 18500 Machang, Kelantan sebagaimana berikut :
1 – Pembantu Kesihatan Awam, Gred U19
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan
Jadual Gaji Gred U19 : Min(RM1,360.00) – Max(RM4,052.00)
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1 kekosongan
2 – Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Jadual Gaji Gred N19 : Min(RM1,352.00) – Max(RM4,003.00)
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 2 kekosongan.
3 – Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam
Jadual Gaji Gred KP19 : Min(RM1,360.00) – Max(RM4,052.00)
Taraf Jawatan : Kontrak (CFS)
Kekosongan : 1 kekosongan.
CARA MEMOHON
Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan MDM. 1 berharga RM3.00 yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Machang, Kelantan. Sila hantar permohonan anda ke alamat berikut :
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Machang,
Jalan Tok Kemuning,
18500 Machang, Kelantan.
TARIKH TUTUP : Sebelum atau pada (Rabu) 19 Disember 2018