JAWATAN KOSONG PERBADANAN MUZIUM NEGERI KELANTAN (Tahun 2019)
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan kosong di Perbadanan Muzium Negeri Kelantan iaitu:
Jawatan Kosong Mac 2019 (Taraf : TETAP)
1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 (1 kekosongan)
2. PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT GRED FA29 (1 kekosongan)
3. PENOLONG KURATOR GRED S29 (1 kekosongan)
4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 (1 kekosongan)
5. PEMBANTU MUZIUM GRED S19 (1 kekosongan)
6. PEMBANTU OPERASI GRED N11 (3 kekosongan)
7. PEMANDU KENDERAAN GRED H11 (1 kekosongan)
Sila klik pautan link bagi setiap jawatan untuk keterangan lanjut
CARA MEMOHON
Pemohon hendaklah menggunakan Borang PMNK 1 (Pin.1/2019) dengan bayaran RM2.00 yang boleh didapati di Pejabat Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Jalan Hospital, 15000 Kota Bharu, Kelantan bermula 7 Mac 2019 (Khamis)
Borang permohonan yang lengkap diisi beserta dengan dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada YABrs. Pengarah, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Jalan Hospital, 15000 Kota Bharu, Kelantan bersekali dengan salinan-salinan berikut :-
- Salinan sijil kelahiran dan kad pengenalan
- Salinan sijil persekolahan / kelulusan akademik
- Gambar berukuran passport (dilekatkan di bahagian atas sudut kanan borang permohonan)
Tarikh tutup permohonan : 20 Mac 2019 (Rabu)