Negeri Kelantan Darul Naim ialah sebuah negeri yang terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan dan merupakan salah satu daripada 13 negeri di Malaysia.
Negeri Kelantan bersempadan dengan negeri Terengganu, Pahang dan Perak dan juga bersempadan antarabangsa dengan Provinsi Narathiwat, Thailand. Kota Bharu merupakan ibu negeri bagi negeri Kelantan.
Negeri Kelantan terdiri daripada 11 jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli, Gua Musang, dan jajahan kecil Lojing. Istilah jajahan hanya digunakan di negeri Kelantan sahaja, manakala negeri lain menggunakan istilah daerah.
- Jajahan Negeri Kelantan
- Jajahan Kota Bharu
- Jajahan Pasir Mas
- Jajahan Tumpat
- Jajahan Pasir Puteh
- Jajahan Bachok
- Jajahan Kuala Krai
- Jajahan Machang
- Jajahan Tanah Merah
- Jajahan Jeli
- Jajahan Gua Musang
- Jajahan Kecil Lojing
BENDERA JAJAHAN NEGERI KELANTAN DARUL NAIM
BENDERA JAJAHAN KOTA BHARU
Jajahan Kota Bharu merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Ia disempadani oleh Jajahan Pasir Mas di sebelah barat, Jajahan Tumpat di sebelah Utara, Jajahan Bachok di sebelah timur dan Jajahan Machang di sebelah selatan.
BENDERA JAJAHAN PASIR MAS
Jajahan Pasir Mas bersempadan dengan Kota Bharu di sebelah timurnya dan Tumpat di sebelah utaranya. Ia juga bersempadan dengan negara Thailand di sebelah barat dan di sebelah selatan bersempadan dengan Tanah Merah.
BENDERA JAJAHAN TUMPAT
Jajahan Tumpat ialah sebuah jajahan di negeri Kelantan. Jajahan ini terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Kota Bharu, ibu negeri Kelantan. Ia juga bersempadan dengan Tak Bai, Narathiwat, Negara Thailand.
BENDERA JAJAHAN PASIR PUTEH
Jajahan Pasir Puteh bersempadan dengan jajahan Kota Bharu di sebelah utara, jajahan Machang di sebelah barat, jajahan Bachok di sebelah timur laut dan di sebelah Selatan bersempadan dengan Daerah Besut, negeri Terengganu.
BENDERA JAJAHAN BACHOK
Jajahan Bachok terletak di timur laut Negeri Kelantan. Ia bersempadan di sebelah timur dengan Laut China Selatan, di sebelah utara dan di sebelah Baratnya bersempadan dengan Jajahan Kota Bharu dan di sebelah Selatan dengan Jajahan Pasir Puteh.
BENDERA JAJAHAN KUALA KRAI
Jajahan Kuala Krai bersempadan dengan Jajahan Machang di utara, Jajahan Gua Musang di selatan dan Jajahan Jeli di barat. Manakala di sebelah Timur ia bersempadan dengan Negeri Terengganu.
BENDERA JAJAHAN MACHANG
Jajahan Machang terletak di tengah-tengah Negeri Kelantan. Jajahan Machang ini bersempadan dengan Kota Bharu dari sebelah utara, sebelah selatan Jajahan Kuala Krai, sebelah barat bagi Jajahan Tanah Merah manakala bagi Jajahan Pasir Puteh pula di sebelah timur.
BENDERA JAJAHAN TANAH MERAH
Jajahan Tanah Merah bersempadan dengan Jajahan Pasir Mas di sebelah utara, Jajahan Machang di sebelah timur, Jajahan Kuala Krai di sebelah selatan dan Jajahan Jeli di sebelah barat.
BENDERA JAJAHAN JELI
Jajahan Jeli bersempadan dengan Daerah Sukhirin, Negara Thailand di sebelah Utara, manakala di sebelah Selatan bersempadan dengan Jajahan Gua Musang, di sebelah Timur pula bersempadan dengan Jajahan Tanah Merah (Jedok dan Ulu Kusial) dan di sebelah barat bersempadan dengan Daerah Grik, Perak.
BENDERA JAJAHAN GUA MUSANG
Jajahan Gua Musang merupakan sebuah jajahan yang terletak di bahagian selatan Negeri Kelantan yang menjadi sempadan antara Negeri Kelantan dengan Negeri Pahang, Terengganu dan Perak. Ianya merupakan pintu masuk ke Negeri Kelantan dari arah selatan melalui jalan darat iaitu Kuala Lipis atau Kuala Lumpur.