
Amaran saintis kira-kira 90 peratus kertas resit di kedai-kedai mengandungi bahan kimia ‘Karsinogen’ yang mampu mengganggu hormon, sekali gus menyebabkan kanser.
Resit menggunakan dakwat yang pudar dari masa ke masa dibuat dengan ‘kertas terma’ yang mengandungi BPA (bisphenolA).
Kajian menunjukkan kimia berkenaan boleh menyebabkan kanser bergantung kepada hormon dan sebelum ini dikaitkan dengan ketidaksuburan, autisme, ADHD, obesiti, diabetes jenis 2, kelahiran pramatang serta permulaan awal baligh.
Terdapat kebimbangan mengenai orang ramai yang terdedah kepada BPA, bahan yang sering ditemui di dalam plastik.
Menurut Profesor Nicolas Olea, dari Granada Universiti, Sepanyol, orang ramai harus mengelakkan menyimpan resit di dalam beg tangan, dompet atau kereta.
“BPA ditambah kepada resit untuk membuat tulisan mereka lebih gelap tanpa menggunakan dakwat dan juga terdapat dalam botol air plastik dan bekas makanan,” katanya.
Penyelidik antarabangsa yang diketuai oleh Universiti Granada, menganalisis 112 kertas dan resit kertas ‘therma’ dari Brazil, Sepanyol dan Perancis.
“Kita dapat mengenali kertas jenis ini kerana ia langsung berubah menjadi hitam jika kita meletakkannya dekat dengan sumber panas seperti mancis,” kata Profesor Olea.
Mengambil tindakan
Hasil penemuan yang diterbitkan dalam Penyelidikan Alam Sekitar itu menunjukkan lebih daripada 90 peratus daripada resit yang dikutip di Brazil dan Sepanyol mengandungi BPA, bagaimanapun separuh daripada resit yang dikumpul di Perancis pula adalah BPA.
Kerajaan Perancis sudah mengambil tindakan terhadap pengurangan penggunaan sebatian kimia dalam kertas terma sejak 2014.
Pada masa yang sama penyelidik memberi amaran bahawa pengguna harus berhati-hati dalam mengendalikan resit.
“Sebagai contoh, tiket tidak boleh bersentuhan dengan makanan, misalnya daging atau ikan yang terdedah di dapur.
“Tambahan pula, kita tidak boleh merosakkan tiket untuk membuangnya ke dalam tong sampah, bermain dengannya, menulis nota di atasnya atau menyimpannya dalam kereta, dompet atau beg tangan. “Kita harus memanipulasitiket berkenaan seberapa segera yang mungkin,” kata Profesor Olea.
Bagaimanapun, saintis tidak sama pendapat ke atas bahan kimia ini sahaja, malah mempercayai bahawa BPS juga adalah penggugat hormon.
“Sayangnya, BPS juga mengganggu endokrin, dan alam persekitarannya, lebih besar daripada BPA, jadi itu bukan pilihan yang sah,” kata Profesor Oleo.
Penyelidik mencadangkan orang ramai supaya ‘menolak’ penggunaan resit kertas sehingga tindakan kesihatan awam diambil kerana kerajaan Sepanyol sudah berjanji untuk membuang BPA daripada resitnya menjelang 2020.
Mencuci tangan
Penemuan serupa diterbitkan sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang berpangkalan di Michigan Pusat Ekologi pada Januari 2018.
Pasukan ini menganalisis 207 kertas resit daripada pelbagai perniagaan yang dikumpulkan antara Januari dan April 2017, termasuk kedai runcit dan kedai perkakasan rumah, stesen minyak, teater, perpustakaan dan perniagaan bebas yang kecil.
Penyelidikan itu mendedahkan bahawa dalam sejam, juruwang dan kakitangan menunggu mengendalikan sebanyak 30 resit.
Selepas tamat shif bekerja didapati paras BPA dan BPS lebih tinggi dalam darah serta air kencing mereka daripada orang biasa.
Profesor Oleo berkata, perlindungan beratus ribu anak muda yang bekerja sebagai juruwang di pasar raya dan kedai-kedai lain tidak dilaksanakan seperti yang sepatutnya.
Justeru, berdasarkan penyelidikan berkenaan, Pusat Ekologi Michigan mengesyorkan supaya orang ramai mengurangkan pendedahan terhadap resit BPA atau BPS mereka dengan memilih resit elektronik jika ada, resit lipat sehingga bahagian cetak menghadap ke dalam, bahagian belakang tidak biasanya disalut dengan bahan kimia.
Orang ramai juga dinasihatkan menyimpan sampul surat di dompet mereka untuk menyimpan resit bagi mengelakkan resit bergesel dengan wang, tidak menyerahkan resit kepada kanakkanak dan mencuci tangan selepas menyentuh resit.
Memusnahkan resit ke dalam tong sampah dan tidak mengitar semula bagi mengelakkan pencemaran kertas kitar semula, juruwang hanya perlu mencetak resit apabila diminta, memakai sarung tangan, basuh tangan mereka dengan teliti dan elakkan menyentuh mulut mereka.
Sumber: Bh Online