Permohonan adalah terbuka kepada warga kelantan yang berminat untuk menghadiri Temuduga Terbuka di Dewan Bahasa dan Pustaka Kota Bharu.
Jawatan yang ditawarkan adalah sebagai Pekerja Sambilan Harian.
Syarat Kelayakan:
- Memiliki SPM atau setaraf dengannya.
- Lulus Bahasa Melayu SPM atau setaraf dengannya.
Maklumat Temuduga Terbuka ini adalah seperti berikut:
- Tarikh Temuduga: 23 April 2018 (isnin)
- Masa: 8.30 Pagi – 2 Petang
- Lokasi: Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur, Lot 107-109, Seksyen 26, Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
Calon perlu membawa sijil asal dan salinan dokumen seperti berikut:
- Kad Pengenalan
- Sijil Pelajaran Malaysia
- Gambar berukuran pasport
- Sijil Kokurikulum
Sekiranya calon tidak membawa sijil asal dan salinan dokumen seperti di atas, calon tidak dibenarkan untuk ditemuduga.
Calon wajib berpakaian kemas semasa menghadiri temuduga.
(Rujuk gambar screenshot dibawah untuk info penuh)
Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh menghubungi no telefon pejabat DBP KB: 097414900
Sila share info ini kepada rakan-rakan anda yang berminat.