BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (biasa org potong 4)
BAHAN PERAP:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya
BAHAN KUAH:
2 pek santan pekat
7 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering ( kalau nak pedas bleh tambah lg)
Garam secukupnya
Gula – kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping – letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam
CARA MEMASAK:
- Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Lepastu bolehlah dibakar.
- Cara saya buat lain, ayam yang diperap tadi saya susun dalam rice cooker pastu tekan suis. Biarkan ayam masak dalam tue.. senang dan ayam pun juicy.
- Bila ayam masak, boleh la bakar sekejap. Nampak garing-garing sikit bahagian luar dan siram dengan kuah percik.
- Jika nak tebal salutan kuah tu kena ulang siram dalam dua tiga kali. Siram, bakar, siram, bakar sampai salutan nampak tebal. Baru sedap.
- Untuk sediakan kuah percik, kisar bawang merah, halia, serai serta cili kering dan masak di atas dapur bersama santan dengan api perlahan sambil terus dikacau.
- Masak sehingga kuah pekat. Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya. Bolehlah diangkat.
Kredit resipi & gambar: Wan Muhammad Hafiz Satar via MAHN