KOTA BHARU – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Kelantan (DPMMNK) buat julung kalinya menganjurkan ‘Road to Aran’ yang akan diadakan pada 15 hingga 25 April ini.
Yang Dipertua DPMMNK, Mohd. Ali Alimin Ab. Latif berkata, program kerjasama antara kerajaan Malaysia dan Thailand ini adalah untuk memberi peluang terbuka kepada para usahawan.
“Konvoi jalan darat ini melibatkan perjalanan sejauh 3,500 Kilometer (KM) pergi dan balik.
“Ia bermula dari industri di selatan Thailand, Sungai Golok hingga ke Aran di utara Thailand (bersempadan dengan Vietnam/Kemboja),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ali Alimin berkata, konvoi berkenaan akan mengadakan lawatan ke 15 tempat melibatkan industri Halal, ladang tanaman dan ternakan terbesar di Thailand.
“Sebanyak tujuh check point yang akan kita lalui iaitu di Narathiwat, Prachuap Khirikhan, Chumpon, Bangkok, Aranyaprathet, Samut Songkran dan Surathani.
“Lebih istimewa, kita akan juga akan berpeluang melawat ke Taman Pertanian Diraja Thailand dan Unsight Seen Muzium,” katanya.
Tambahnya, majlis pelepasan akan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia dan ketibaan akan disambut oleh Gabenor Narathiwat.
Sebarang pertanyaan untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi Azhan di talian 017 478 8001 dan Samirah di talian 012 985 6252 atau Sekreteriat di talian 097483964.