Presiden KUFC, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, sasaran itu tampak realistik dengan mengambil kira ramuan pemain yang membarisi pasukan itu ketika ini.

Menurutnya, selain itu kombinasi mantap pengurusan pasukan dilihat mampu menjadi pemangkin kepada kejayaan KUFC dalam saingan musim ini.

“Meskipun kita beraksi dalam saingan Liga M3 untuk musim 2019, namun saya tetap optimis 2020 KUFC mampu melangkah setapak ke hadapan iaitu berada dalam saingan Liga Primier.

“Kita akan berusaha memberikan yang terbaik bagi memastikan impian itu terlaksana dengan jayanya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Memperkenalkan Pemain dan Pelancaran Jersi Kelantan United FC di sini malam tadi.

Perasmian majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakub.

Che Abdullah memberitahu, beliau mahu barisan pemain kekal fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan yang bakal diharungi selepas ini.

Katanya, hal ini bagi memastikan KUFC meraih kemenangan untuk mencerahkan peluang layak ke Liga Primier.

“Saya berterima kasih kepada penaja yang beri sokongan dan ia cukup mengembirakan.

“Ini memberi satu semangat kepada saya untuk mengemudi pasukan, begitu juga dengan barisan pemain yang pastinya sudah tidak sabar untuk beraksi nanti,” ujarnya.