YB MOHAMAD SABU DILANTIK PENASIHAT KAFA
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengumumkan pelantikan Yang Berhormat Menteri Pertahanan, Tuan Haji Mohamad Sabu sebagai penasihat badan induk bola sepak Kelantan, berkuatkuasa semalam.
Persetujuan tersebut dicapai selepas Presiden KAFA, Dato Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengadakan kunjungan hormat ke atas beliau di Wisma Kementerian Pertahanan, di ibu negara, semalam.
“Bagi pihak KAFA, kita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan di atas kesudian beliau menerima pelantikan sebagai penasihat persatuan ini.
“Beliau akan bertindak selaku penasihat persatuan tetapi tidak mencampuri urusan Majlis Penasihat KAFA yang diwujudkan tiga bulan lalu dan berfungsi sebagai sokongan ke atas usaha menambah baik bola sepak Kelantan,” katanya.
#gomokelategomo
#KelantanFA